dedaun


BLINK


banner

salam


Sunday 11 November 2012

ASSALAMUALAIKUM... Sudah agak lama saya tidak menambah entri dalam blog. Ini adalah kerana kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.. Kepada semua guru dan murid, saya ucapkan SELAMAT BERCUTI. Manfaatkan cuti dengan aktiviti berfaedah.... Saya sambung mengenai kemahiran mendarab nombor. Di bawah ini saya tunjukkan cara mendarab dua nombor yang saya pasti akan membantu murid-murid yang jarang mendapat jawapan yang betul bagi soalan darab (kerana tidak menghafal sifir) Contohnya: 1 2 3 6 12 18 24 X 6 ------ ------ * Kenalpasti sifir yang hendak digunakan iaitu sifir 6. Jika tidak menghafal sifir 6, anda mesti menulis sifir menggunakan tambah berulang yang pantas. Kira satu persatu dari sa, pu, dan ra. Jika murid menggunakan kaedah ini, lama-kelamaan anda akan mahir mendarab dan dapat menghafal sifir. S E L A M A T M E N C U B A

Sunday 14 October 2012

OPERASI ASAS DALAM MATEMATIK

Assalamualaikum,

Sebagai ulangkaji, ada 4 operasi asas yang harus murid-murid mahir iaitu tolak, tambah, darab, dan bahagi. Cikgu akan bincang 2 tajuk yang sering menjadi masalah kepada kamu iaitu darab dan bahagi.


  • Mendarab dua nombor
Murid-murid pasti akan berjaya mendarab nombor dengan betul sekiranya:

a. menggunakan teknik yang betul
b. menghafal sifir dengan cara biasa atau cara-cara lain yang lebih mudah
   (cth. cuba layari chekgumate.blogspot.com/  (sifir 6) )
      Cuba juga belajar sifir lain melalui You Tube

Murid-murid mesti tahu mendarab:
1. 1 digit dengan 1 digit                       contoh:  5x6, 4x9, 7x8

2. 1 digit dengan 2 digit  tanpa 
    mengumpul semula                                   : 13 x 3, 24 x 2, 

3. 1 digit dengan 2 digit dengan                      
    mengumpul semula                                   : 25 x 5, 46 x 7, 60 x6

4. 1 digit dengan  3 digit tanpa 
    mengumpul aemula                                   :  222 x 3, 123 x 3, 243 x 2

5. 1 digit dengan 3 digit dengan
    mengumpul semula                                   203 x 5, 156 x 6, 304 x 3

Bila mendarab, gunakan sifir yang betul supaya anda mudah mendapat jawapan. Berusahalah mengingat sifir ...atau gunakan konsep tambah berulang.Tapi kira dengan pantas ye.....


                   
                                                             













Monday 8 October 2012


  • Menentukan nilai tempat bagi setiap nombor
Murid-murid pasti mengenali nilai tempat bagi setiap nombor iaitu 


 CONTOH: nilai tempat:      ribu  ratus  puluh  sa.

                                               5         6        7       8

Murid juga mesti tahu nilai digit nombor iaitu

     Nilai digit 5 bagi nombor di atas ialah 5000. Begitu juga bagi nombor lain.



  • Membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat