dedaun


BLINK


banner

salam


Sunday 11 November 2012

ASSALAMUALAIKUM... Sudah agak lama saya tidak menambah entri dalam blog. Ini adalah kerana kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.. Kepada semua guru dan murid, saya ucapkan SELAMAT BERCUTI. Manfaatkan cuti dengan aktiviti berfaedah.... Saya sambung mengenai kemahiran mendarab nombor. Di bawah ini saya tunjukkan cara mendarab dua nombor yang saya pasti akan membantu murid-murid yang jarang mendapat jawapan yang betul bagi soalan darab (kerana tidak menghafal sifir) Contohnya: 1 2 3 6 12 18 24 X 6 ------ ------ * Kenalpasti sifir yang hendak digunakan iaitu sifir 6. Jika tidak menghafal sifir 6, anda mesti menulis sifir menggunakan tambah berulang yang pantas. Kira satu persatu dari sa, pu, dan ra. Jika murid menggunakan kaedah ini, lama-kelamaan anda akan mahir mendarab dan dapat menghafal sifir. S E L A M A T M E N C U B A

Sunday 14 October 2012

OPERASI ASAS DALAM MATEMATIK

Assalamualaikum,

Sebagai ulangkaji, ada 4 operasi asas yang harus murid-murid mahir iaitu tolak, tambah, darab, dan bahagi. Cikgu akan bincang 2 tajuk yang sering menjadi masalah kepada kamu iaitu darab dan bahagi.


  • Mendarab dua nombor
Murid-murid pasti akan berjaya mendarab nombor dengan betul sekiranya:

a. menggunakan teknik yang betul
b. menghafal sifir dengan cara biasa atau cara-cara lain yang lebih mudah
   (cth. cuba layari chekgumate.blogspot.com/  (sifir 6) )
      Cuba juga belajar sifir lain melalui You Tube

Murid-murid mesti tahu mendarab:
1. 1 digit dengan 1 digit                       contoh:  5x6, 4x9, 7x8

2. 1 digit dengan 2 digit  tanpa 
    mengumpul semula                                   : 13 x 3, 24 x 2, 

3. 1 digit dengan 2 digit dengan                      
    mengumpul semula                                   : 25 x 5, 46 x 7, 60 x6

4. 1 digit dengan  3 digit tanpa 
    mengumpul aemula                                   :  222 x 3, 123 x 3, 243 x 2

5. 1 digit dengan 3 digit dengan
    mengumpul semula                                   203 x 5, 156 x 6, 304 x 3

Bila mendarab, gunakan sifir yang betul supaya anda mudah mendapat jawapan. Berusahalah mengingat sifir ...atau gunakan konsep tambah berulang.Tapi kira dengan pantas ye.....


                   
                                                             













Monday 8 October 2012


  • Menentukan nilai tempat bagi setiap nombor
Murid-murid pasti mengenali nilai tempat bagi setiap nombor iaitu 


 CONTOH: nilai tempat:      ribu  ratus  puluh  sa.

                                               5         6        7       8

Murid juga mesti tahu nilai digit nombor iaitu

     Nilai digit 5 bagi nombor di atas ialah 5000. Begitu juga bagi nombor lain.



  • Membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat

Wednesday 3 October 2012

  • Menulis nombor dalam perkataan
      Semasa menulis nombor, pastikan semua nombor dieja dengan betul.Eja 
      sebagaimana kamu menyebutnya.

      Contohnya bagi nombor 2018, haruslah dieja ..
 
                         dua ribu lapan belas 
    Kesalahan murid :  ada murid mengeja dua sifar satu lapan

      Murid-murid hendaklah menyebut sekali lagi nombor yang dieja untuk 
     mengelakkan kesilapan ini.


  • Menulis nombor berdasarkan perkataan yang diberi
       Contohnya: Tiga ribu lapan puluh = 3080
      
     Kesalahan murid : menulis nombor itu sebagai 300080


      

Monday 1 October 2012

NOMBOR BULAT

Sebelum cikgu mula, Cikgu ingin maklumkan yang cikgu akan menggunakan 
contoh-contoh yang selalunya murid-murid terlepas pandang semasa mengira sehingga murid-murid mendapat jawapan yang salah.

NOMBOR BULAT ( NOMBOR HINGGA 10 000)

Murid-murid mesti tahu :


  • Menulis nombor hingga 10 000               

       Contoh :                Enam ribu tujuh ratus dua puluh  =  6720
                                   kesalahan murid                        =  6702
                    
       Cara mengatasi  :    Murid hendaklah membaca soalan dengan berhat

Sunday 30 September 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.PKSR 2 sudah hampir. Semoga murid-murid sudah memulakan ulangkaji. Jangan lupa ulangkaji dari Topik 1 (NOMBOR) hingga Topik 10 (PERWAKILAN DATA).

Cikgu cadangkan agar murid mulakan ulangkaji dengan membuat latihan pengiraan kemahiran yang murid-murid belum kuasai. Di sekolah cikgu kebanyakan murid mengalami masalah untuk mendarab dan membahagi nombor..Jadi cikgu akan mulakan perbincangan dengan kedua-dua tajuk ini..


Assalamualaikum & salam sejahtera....