- Menulis nombor dalam perkataan
Semasa menulis nombor, pastikan semua nombor dieja dengan betul.Eja
sebagaimana kamu menyebutnya.
Contohnya bagi nombor 2018, haruslah dieja ..
dua ribu lapan belas
Kesalahan murid : ada murid mengeja dua sifar satu lapan
Murid-murid hendaklah menyebut sekali lagi nombor yang dieja untuk
mengelakkan kesilapan ini.
- Menulis nombor berdasarkan perkataan yang diberi
Contohnya: Tiga ribu lapan puluh = 3080
Kesalahan murid : menulis nombor itu sebagai 300080
Penerangan yang baik. Tahniah cikgu. Memang murid-murid biasa melakukan kesalahan seperti yang cikgu sebutkan. Ada tak cara lain yang boleh membantu murid agar mereka tidakmengulang kesilapan yang sama ?
ReplyDeleteTerima kasih. Caranya mudah saja, murid hanya pastikan mereka menyemak semula (membaca) jawapan yang ditulis..
ReplyDelete